Apr 08

Hari Kokurikulum

2014-04-10 12.44.53HARI KOKURIKULUM

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PONDOK UPEH

TARIKH : 12 APRIL 2014

MASA : 8.00 pagi – 3.00 ptg

TEMPAT : DATARAN AL RAZI DAN SEKITAR SEKOLAH SMK PONDOK UPEH

Ibu bapa, waris, pelajar-pelajar dan seluruh warga Balik Pulau dan sekitar dijemput hadir bagi memeriahkan lagi Hari Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Pondok Upeh. Pelbagai acara disediakan seperti pertandingan mewarna, pertandingan memasak, pertandingan menggubah coklat dan gula-gula serta gerai jualan pelbagai makanan, minuman dan kraftangan.

Jualan kupon telah dilakukan melalui anak-anak sekolah di samping kaunter kupon yang akan dibuka untuk tambahan pembelian. Kupon-kupon boleh didapatkan pada harga RM15.

Acara kemuncak pada hari tersebut adalah cabutan nombor bertuah dengan hadiah-hadiah yang lumayan bakal menanti. Oleh itu, jemputlah beramai-ramai memeriahkan majlis hari kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Pondok Upeh. Kehadiran semua adalah amat dialu-alukan.

 

Jan 15

Aktiviti NILAM – Memupuk Nilai dan Tabiat Membaca di Kalangan Pelajar SMKPU

Satu program yang diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca di kalangan pelajar secara berterusan.

Semua sekolah di seluruh Malaysia mempunyai pendekatan tersendiri dalam melaksanakan program NILAM di sekolah masing-masing bagi meningkatkan minat berterusan pelajar terhadap tabiat serta minat membaca.

SMK Pondok Upeh mempunya pendekatan tersendiri dan pelbagai dalam melaksanakan program NILAM ini dan bagi memulakan tahun 2014, aktiviti membaca dilakukan secara beramai-ramai agar tiada seorang pun pelajar yang tercicir dalam menyertai program ini.

 

Alhamdulillah, atas komitmen guru-guru dan kerjasama pelajar-pelajar, program bacaan NILAM secara bermai-ramai ini menjadi satu aktiviti wajib sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan di SMK Pondok Upeh.

Jan 03

Jumaat Yang Barakah – Majlis Bacaan Yasin

Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin , nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali”

Alhamdulillah..
Syukur ke hadrat Ilahi dengan rahmat dan nikmat yang diberikan, aktiviti bacaan Yaasin yang diadakan pada setiap pagi Jumaat dan telah menjadi rutin warga SMK Pondok Upeh dapat lagi diteruskan.

Semoga amalan ini dapat dilaksanakan secara berterusan dan memberi manfaat buat semua InsyaAllah.

20140103_075808 20140103_075755

Jan 02

Selamat Tahun Baru 2014!

selamat tahun baru 2014

“Dan Barangsiapa menempuh suatu jalan demi menimba ilmu agama, pasti Allah memudahkan baginya jalan menuju syurga” (HR Muslim).

Rasulullah Shalallahu`alaihiwassalam bersabda :“Sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, mereka hanyalah mewariskan ilmu. Barangsiapa yang mengambilnya, maka dia telah memperoleh keberuntungan yang banyak.” (HR Abu Dawud )

“Tuntutlah ilmu & belajarlah (utk ilmu) ketenangan & kehormatan diri, & bersikaplah rendah hati kpd org yg mengajar kamu.” (HR. Al-Thabrani)

SELAMAT MENEMPUH TAHUN 2014 DENGAN SEMANGAT DAN KEAZAMAN YANG BARU DARI SELURUH WARGA SMK PONDOK UPEH.

Jun 20

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan pada 25/05/2012.Banyak acara telah diadakan sempena sambutan ini. Antara acara yang diadakan ialah Nyanyian Lagu Guru Malaysiaoleh semua warga pendidik SMK Pondok Upeh. Seterusnya pelajar-pelajar juga telah mempersembahkan beberapa persembahan seperti nyanyian dan lakonan.

Tidak ketinggalan juga acara sukaneka guru yang dikelolai oleh pelajar-pelajar SMK Pondok Upeh.

Semoga ukhwah yang terjalin akan terus berkekalan serta mendapat redha Allah s.w.t.